Logos Multilingual Portal

Select Language

a b d h i j k l m o p r s t

apa yang tidak elok untuk sekawan lebah, maka tidak elok juga untuk lebah itu
Marcus Aelius Aurelius Antoninus
berapa banyak kebimbangan yang berlalu apabila anda memutuskan untuk menjadi seseorang dan bukan hanya sesuatu
Coco Chanel
bumi mempunyai kulit dan kulit tersebut berpenyakit, salah satu penyakitnya dikenali sebagai \'manusia\'
Friedrich Wilhelm Nietzsche
di pentas dunia hari ini, kami orang barat, sayangnya, adalah satu-satunya pelakon dan satu-satunya penonton, lantas, melalui televisyen dan akhbar kami, kami hanya mendengar alasan kami dan merasakan kesedihan kami sahaja
Tiziano Terzani
dia yang tidak mempunyai sahabat tidak akan pernah ada musuh
Alfred Tennyson
dunia ini mungkin neraka bagi seseorang yang lain
Aldous Huxley
hanya terdapat satu kebaikan, yakni Ilmu, dan terdapat hanya satu kejahatan yakni Kealpaan
Socrates
hanya yang berani tahu untuk memaafkan, yang pengecut tidak pernah tahu - ia bukan sifatnya.
Laurence Sterne
ia lebih mudah untuk menyayangi kemanusiaan secara keseluruhan daripada menyayangi jiran kita
Eric Hoffer
jadilah perubahan yang anda mahu lihat di dunia ini
Mohandas Karamchad Gandhi
jika seseorang itu akan menggerakkan dunia, dia hendaklah menggerakkan dirinya sendiri dahulu
Socrates
kasih sayang tidak pernah terbuang
Miguel de Cervantes
kematian bukanlah sesuatu yang perlu kita takuti, sebab selagi kita wujud, ia tiada dan apabila ia wujud, kita yang tiada
Epicurus
kemewahan bagi yang miskin digambarkan oleh anak-anaknya, dan bagi yang mewah digambarkan oleh ibubapanya.
Massimo Troisi
keraguan adalah tidak menyenangkan, tetapi kepastian adalah mustahil
Voltaire
kesopanan dikaitkan dengan fitrah manusia seperti mana kehangatan dikaitkan dengan lilin
Arthur Schopenhauer
kespontanan adalah hasil daripada tafakur yang lama
Pablo Neruda
kuasai subjek, kata-katanya akan datang
Marcus Porcius Cato
lebih baik berasa gelisah dek keraguan daripada bersenang-senang dek kesilapan
Alessandro Manzoni
lebih ramai yang mati di udara daripada di dalam pertempuran
Selma Lagerlöf
manusia adalah satu-satunya haiwan yang berasa malu - atau perlu mempunyai perasaan itu
Mark Twain
manusia dari alaf ketiga mempunyai budaya Bush, kejujuran Berlusconi dan kebaikan hati Putin
Anónimo
manusia lebih rela mengasihani bagi kesedihan daripada kegembiraan
Simone de Beauvoir
manusia membina terlalu banyak dinding tetapi tidak membina jambatan yang mencukupi
Isaac Newton
manusia menjelajah untuk menikmati keindahan gunung-ganang, lautan, sungai, dan bintang; sedangkan mereka telah berjalan melepasi semua itu tanpa rasa terpegun
Sant'Agostino
mengetahui perkara yang tidak berfaedah adalah lebih baik daripada tidak mengetahui apa-apa
Lucius Annaeus Seneca
menggunakan daya intellek anda untuk membebaskan diri daripada halangan, itulah kebahagiaan yang sebenar
Aristotle
menterjemah adalah bentuk membaca yang paling mendalam
Octavio Paz
orang Itali kalah dalam peperangan seperti mereka kalah dalam perlawanan bola sepak, dan kalah dalam perlawanan bola sepak seperti kalah dalam peperangan
Winston Churchill
pelakon adalah seorang penipu yang jujur
Albert Camus
pena adalah lidah bagi minda
Miguel de Cervantes
perbualan yang berfaedah hanya timbul daripada fikiran yang tertumpu untuk memperkukuhkan kebingungan mereka sendiri
Emil Cioran
perkara yang paling hebat sekali yang lahir daripada kebijaksanaan untuk menyejahterakan kehidupan adalah, dengan tidak syak lagi, dengan memiliki persahabatan
Epicurus
riwayat adalah impian kita. Dan impian kita adalah kehidupan kita
Tim Burton
satu-satunya kejayaan yang anda capai dengan melarikan diri adalah yang melibatkan perempuan
Napoleon Bonaparte
saya dengan tegas mempunyai hak untuk bercanggah dengan diri sendiri
Paul Claudel
saya mahukan kesempurnaan tetapi saya telah merosakkan perkara yang telah berjalan dengan baik
Claude Monet
saya melukis gambar ini dalam masa kurang daripada 5 minit tetapi saya mengambil masa selama 60 tahun untuk membolehkan saya melakukannya
Auguste Renoir
saya mendedikasikan edisi ini kepada musuh saya yang telah banyak membantu saya dalam kerjaya saya
Camilo José Cela
saya telah menghabiskan hayat saya untuk membuktikan aturan itu
Sacha Guitry
sebelum yang lain - emosi! Pemahaman hanya akan berlaku selepas itu!
Paul Gauguin
segala apa yang boleh dikhayalkan boleh saja dijadikan kenyataan pada suatu hari kelak
Jules Verne
seorang anak bukanlah pasu bunga untuk diisi tetapi api untuk dinyalakan
François Rabelais
seorang penipu harus ingat bahawa untuk dipercayai, dia tidak harus menipu lagi lebih daripada yang perlu
Italo Svevo
seperti mana kita menjadi rosak disebabkan pujian para sahabat, begitu juga kita diperbetulkan disebabkan kecaman daripada musuh kita
Sant'Agostino
setiap sesuatu yang dibiarkan tanpa dinyatakan sebenarnya telah dinyatakan buat selama-lamanya
Julio Cortázar
terdapat banyak cara yang memungkinkan kegagalan, tetapi, hanya ada satu cara untuk berjaya
Aristotle
tiada pelaburan yang lebih luhur bagi sebuah masyarakat daripada memberi susu kepada bayi
Winston Churchill
tiada perbezaan antara membaca dan sifat ingin tahu
Pascal Quignard
tiada sesiapa yang berhak membuat anda sedih dan bagi sesiapa yang berhak, tidak akan membuat anda sedih
Gabriel García Márquez